Bicara Muslimah Dot Com
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Petua Atasi Jerawat

Go down

Petua Atasi Jerawat Empty Petua Atasi Jerawat

Post  Izza Sun Jan 11, 2009 6:28 am

Petua 1

Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak. Sebelum tidur, sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih, itu hanya sementara. Esoknya, ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas. Setelah sejuk atau suam, basuhlah muka anda dengan air itu. Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda. Kuatkan gosokan anda pada tempat-tempat yang berparut. Biarkan beberapa minit, kemudian basuh dengan air biasa. InsyaAllah, muka anda akan menjadi licin dan bersih.

Petua 2

Campurkan beberapa sudu tepung ubi kayu dengan air asam jawa. Kemudian sapukan ke muka anda. Amalkan setiap masa seperti anda menggunakan bedak sejuk. hasilnya, muka anda akan bertambah cerah dan lembut serta tidak berjerawat lagi.

Petua 3

Ambil 3 jenis akar kayu iaitu akar bunga melur, akar bunga cina dan akar kitam guri serta seketul kemenyan. Jika sukar mendapatkan ketiga-tiga akar ini, memadailah dengan dua jenis sahaja. Semua akar ini diasah di buntut pasu dengan sedikit air. Sapukan ke muka sebagai bedak sejuk. Jika anda suka, boleh juga dicampurkan dengan bedak sejuk atau dengan lendir daun lidah buaya. Selain diasah, ia boleh juga dikeringkan kesemua akar itu dan dikisar bersama kemenyan tadi.

Petua 4

Parut temu lawak mengikut keperluan, kemudian campurkan dengan sedikit gula melaka. Ambil 3/4 suku gelas air masak dan campurkan dengan sedikit asam jawa dan 3 biji bawang merah yang ditumbuk lumat. Bancuh kesemua bahan tadi sehingga sebati, kemudian tapis. Minumlah airnya beberap kali, kemudian barulah dirawat kulit muka anda dengan petua lain yang telah diberikan .

Petua 5

Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup. Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air. Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda. Biarkan kira-kira 20 minit. Kemudian ketika anda mandi, basuhlah sehingga bersih. Jika selalu diamalkan, muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus .

Petua 6

Parut jagung muda dan sapukan ke muka anda. Biarkan beberapa minit kemudian basuh hingga bersih. Selepas itu, sapukan lagi muka dengan jagung muda tadi. Kali ini biarkan hingga ke hari esoknya .

Petua 7

Basuh muka dengan air suam, kemudian gosoklah muka dengan tomato masak. Biarkan ia kering sendiri. Selepas itu bilas muka anda dengan air suam.

Petua 8

Ambil air didihan nasi yang pekat dan sapukan ke seluruh muka. Biarkan kering dan jangan menggerak-gerakkan muka. Apabila kering, bilas dengan air bersih atau jika ingin cepat berkesan, bilas dengan air suam. Jika diamalkan setiap hari selama 2 minggu berturut-turut, anda akan lihat kesannya. Kulit muka anda akan bertambah bersih dan lembut .

Petua 9

Giling sedikit ibu kunyit, daun pegaga, pucuk daun asam jawa, beberapa kelopak bunga mawar dan sedikit beras yang sudah direndam selama dua malam. Apabila halus, bulat-bulatkan dan jemur sehingga kering. Jika hendak digunakan, hancurkan dengan air dan sapu ke muka sebelum tidur supaya liang roma kulit muka tidak ditutupi sebarang lapisan.

Petua 10

Tumbuk lumat rumput gelang sambal yang dibersihkan dengan air hujan dan dicampurkan dengan tepung beras sehingga sebati serta keringkan. Ia boleh dibuat bedak. Bersihkan kulit muka sebelum memakai bedak ini. Buat begini setiap pagi dan malam. Kesannya tentu memuaskan hati anda. Insya-Allah .

Petua 11

Amalkan memakai bedak sejuk dicampurkan dengan daun bunga tanjung yang ditumbuk lumat bersama sedikit kapur . Kacau semua bahan ini sehingga sebati kemudian sapukan ke muka setiap malam sebelum tidur. Jika selalu diamalkan jerawat akan kering dan pupus.

Petua 12

Ambil segenggam pucuk jambu batu dan uparkan (seperti menggulung) di tapak tangan. Selepas itu, gosokkan ke muka hingga ke leher. Biarkan beberapa minit supaya kering di muka. Kemudian basuhlah dengan air sejuk dan bolehlah anda mandi (jika mahu).

Petua 13

Jerawat sering menimbulkan banyak masalah kulit terutama pada kulit muka. Jeragat pula kalau tak dijaga boleh merebak dan menampakkan kulit kita menjadi hitam. Untuk mengatasinya, ambil sedikit daun pengaga, tumbuk sehingga lumat kemudiannya dicampurkan dengan bedak sejuk. Kemudian pakaikan pada seluruh muka. Anda akan rasakan kulit muka anda menjadi tegang. Lebih kurang 30minit cuci dengan air suam. Lihatlah kesannya muka akan berasa licin dan bersih. Jeragat pula akan hilang sedikit demi sedikit. Amalkan
3x seminggu insyaAllah muka anda tidak akan ada masalah lagi.

Petua 14

Gunakan uncang Teh. Teh herba memang baik untuk kesihatan. Selepas kita minum air rendaman teh ini, uncang nyer jangan dibuang. Ambil uncang teh ini, pastikan kelembapannya tidak terlalu berair dan tekapkan ke jerawat. Biarkan lebih kurang 10 minit, kemudian basuh muka. Amalkan sebelum tidur. InsyaAllah, bila bangun dari tidur kita akan dapat melihat kesannya di mana jerawat ini akan kecut dan jika diamalkan selalu, jerawat akan hilang. InsyaAllah..



p/s : anda boleh pilih yang mana satu berkenan.. Very Happy Very Happy Very Happy

Izza

Posts : 16
Join date : 2009-01-11
Age : 41

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum